Saturday 3 March 2012

MODUL GURU PENYAYANG


MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema              :           Anda DiUtamakan

Tajuk 1           :           Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah

Objektif          :           1.         Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan
murid.
                                    2.         Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan
murid.

Tarikh             :           04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan)

Masa               :           7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang)

Sasaran          :           Semua guru dan murid
Personalia      :           Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang,
guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah

Bahan / Alat   :           Kain rentang/banting

Langkah-langkah      :
1.                  Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. Contoh kain rentang :

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH

Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah

“Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.”


2.                  Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid.
3.                  Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh :
a.    Assalamualaikum / Selamat sejahtera
b.    Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school
c.    Tahniah kerana hadir semula ke sekolah
4.                  Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.

Penilaian        :           Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.

Rumusan       :           Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan
perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.

No comments:

Post a Comment