Saturday 3 March 2012

MODUL GURU PENYAYANG 2


MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tajuk              :           Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran

Tema              :           Syoknya belajar !

Objektif           :           1.         Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid
sepanjang pembelajaran dan pengajaran.
2.         Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.
3.         Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan hasil kewujudan perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.
                                                           
Tarikh             :           Sepanjang tahun

Masa               :           Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran

Sasaran          :           Semua guru dan murid
Personalia      :           Semua guru

Bahan / Alat   :           Mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah      :
1.             Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.
2.             Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap
keprihatinan terhadap murid.
3.             Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid
   untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
4.             Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku
semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya.
5.             Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian.
6.             Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan
bersikap mesra.
7.            Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah kerana memberi tumpuan.
8.             Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik
kelas sebelum guru keluar dari kelas.

Penilaian        :           Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Rumusan       :           Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran
yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan
kepada guru dan murid.

No comments:

Post a Comment